Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada entry sebelum ni, saya dah
terangkan kepada anda serba sedikit mengenai aperture dan shutter speed kepada
anda melalui mode2 yang ada pada kamera anda. Pada entry kali ni, saya akan
terangkan kepada anda semua secara lebih terperinci dan lebih mendalam mengenai
exposure yang terbaik.
Dalam penilaian suatu gambar yang
menarik, antara benda yang akan dilihat ialah kawalan pencahayaan pada gambar
tersebut. Kawalan pencahayaan yang baik adalah penting dalam penghasilan
gambar. Ini adalah kerana cahaya adalah element penting dalam menghasilkan
gambar yang menarik. Istilah yang biasa digunakan untuk menilai gambar tersebut
ialah “exposure”. Untuk mendapatkan exposure yang perfect adalah mustahil kerana exposure adalah satu yang subjektif.
Tapi adalah penting untuk kita mendapatkan exposure yang terbaik untuk gambar
kita. Terlebih atau terkurang exposure akan menyebabkan gambar yang anda ambik
kurang menyerlah. Walaupun pada zaman kini, kita ada pelbagai jenis software
yang boleh digunakan untuk memanipulasikan gambar yang terlebih atau terkurang
exposure, kita tetap tidak akan dapat kualiti gambar yang sama dengan gambar
yang diambil dengan exposure terbaik. Antara sebab2 gambar menjadi terlebih
atau terkurang exposure adalah:
1. Pengunaan ISO yang tidak bersesuaian dengan keadaan.
2. Pengunaan flash pada aperture yang kecil
3. Shutter yang perlahan pada bukaan aperture yang besar.
![]() |
Untuk mendapatkan exposure yang terbaik, anda haruslah
memilih kombinasi ISO, shutter speed dan aperture yang sesuai. Selain itu, untuk
mendapatkan exposure terbaik, anda perlulah memahami terlebih dahulu konsep dan
system yang ada pada aperture dan shutter speed dan pengunaan iso yang sesuai
dengan aperture dan shutter anda. Saya akan terang kan berkaitan aperture dan
shutter speed pada entry seterus nya. Semoga bermanfaat semua. Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Opal gangnam style.. dapewh
ReplyDelete