Powered By Blogger

Monday, November 10, 2014

KENALI KAMERA ANDA: EXPOSURE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada entry sebelum ni, saya dah terangkan kepada anda serba sedikit mengenai aperture dan shutter speed kepada anda melalui mode2 yang ada pada kamera anda. Pada entry kali ni, saya akan terangkan kepada anda semua secara lebih terperinci dan lebih mendalam mengenai exposure yang terbaik.

Dalam penilaian suatu gambar yang menarik, antara benda yang akan dilihat ialah kawalan pencahayaan pada gambar tersebut. Kawalan pencahayaan yang baik adalah penting dalam penghasilan gambar. Ini adalah kerana cahaya adalah element penting dalam menghasilkan gambar yang menarik. Istilah yang biasa digunakan untuk menilai gambar tersebut ialah “exposure”. Untuk mendapatkan exposure yang perfect adalah mustahil  kerana exposure adalah satu yang subjektif. Tapi adalah penting untuk kita mendapatkan exposure yang terbaik untuk gambar kita. Terlebih atau terkurang exposure akan menyebabkan gambar yang anda ambik kurang menyerlah. Walaupun pada zaman kini, kita ada pelbagai jenis software yang boleh digunakan untuk memanipulasikan gambar yang terlebih atau terkurang exposure, kita tetap tidak akan dapat kualiti gambar yang sama dengan gambar yang diambil dengan exposure terbaik. Antara sebab2 gambar menjadi terlebih atau terkurang exposure adalah:

              1. Pengunaan ISO yang tidak bersesuaian dengan keadaan.
              2. Pengunaan flash pada aperture yang kecil
              3. Shutter yang perlahan pada bukaan aperture yang besar.



          Untuk mendapatkan exposure yang terbaik, anda haruslah memilih kombinasi ISO, shutter speed dan aperture yang sesuai. Selain itu, untuk mendapatkan exposure terbaik, anda perlulah memahami terlebih dahulu konsep dan system yang ada pada aperture dan shutter speed dan pengunaan iso yang sesuai dengan aperture dan shutter anda. Saya akan terang kan berkaitan aperture dan shutter speed pada entry seterus nya. Semoga bermanfaat semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1 comment: