Powered By Blogger

Monday, November 10, 2014

KENALI KAMERA ANDA : MODE P,S,A,M dan Auto

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


            Pertama kali apabila anda membeli kamera dslr, mesti anda tertanya2 fungsi mode P,S,A,M dan Auto yang ada pada kamera anda. Pada entry kali ini, saya akan terangkan satu persatu mengenai mode P,S,A,M dan AUTO yang ada pada kamera dslr anda. Sebenarnya mode P,S,A,M dan Auto ni adalah mode yang membolehkan camera anda mengambil gambar seperti yang anda mahukan. Dibawah saya akan terangkan satu persatu maksud dan kegunaan mode P,S,A,M dan Auto kepada anda. Symbol2 lain yang ada pada mode kamera tersebut tak perlu la saya terangkan rasanya sebab terlalu mudah untuk anda semua fahami hanya dengan melihat symbol tersebut. Ehee....



Okay, mari kita mulakan pemahaman symbol P,S,A,M dan Auto seperti yang diatas ni:


P (program) = Jika anda set kan mode P pada kamera anda, kamera anda akan secara automatic nya akan memberi shutter speed dan bukaan aperture yang sesuai untuk keadaan sekeliling anda. Tetapi anda masih boleh meletakan kettinggian ISO mengikut kemahuan anda sendiri.

S (shutter priority) = jika kamera di setkan pada mode S, anda boleh memilih kelajuan shutter yang anda mahukan dan bukaan aperture akan di setkan secara auto oleh kamera anda. Mode S sesuai digunakan untuk menggambil gambar kenderaan yang sedang bergerak atau untuk mengambil pergerakan yang pantas. Selain itu, kita boleh hasilkan milkyway yang berlemak krim disukai ramai dengan mengunakan shutter yang perlahan. Eheee…

A (aperture priority) = cahaya adalah element yang paling penting dalam penghasilan gambar yang menarik dan sharp. Jadi apabila kamera kita di setkan kepada mode A, anda akan dapat mengawal peratusan telus cahaya ke arah sensor kita semasa mengambil gambar. Saya akan ceritakan lebih soal aperture dalam next entry saya. Apabila kamera di set kan ke mode A, shutter anda akan di setkan secara automatic bersesuaian pada bukaan aperture yang ada pada kamera anda.

M (manual) = Jika anda setkan kamera anda pada mode M, u r in expert mode bro… ahahaha…. Xder la.. sebenarnya apabila kamera di setkan pada mode M, maka anda akan control all the shutter speed, aperture dan ISO secara keseluruhan. Anda akan mendapat hasil gambar yang anda kehendaki  berdasarkan aperture , ISO dan shutter speed yang telah anda setkan.

AUTO (hijau) = bagi anda yang baru mula berjinak jinak dengan dunia fotografi, saya sarankan anda menggunakan mode auto kerana semua shutter speed, ISO dan aperture akan di setkan oleh kamera secara automatic berdasarkan suasana sekeliling anda pada masa tersebut. Anda juga tak akan risau berkaitan gambar tak menjadi kerana mode AUTO memang akan menghasilkan gambar yang anda nak kan.

          So, semua dah faham dengan penggunaan mode P,S,A,M dan Auto yang ada pada kamera anda. Jadi apa anda tunggu lagi, jom la biasakan diri dengan kamera anda. Praktikan apa yang saya sampaikan di atas supaya anda lebih faham dan mahir menggunakan mode2 tersebut.


NOTA:
Di sini, saya sarankan agar anda semua mempelajari mode P,S,A, dan M pada kamera anda. Rugilah jika beli kamera mahal2 tapi hanya mengunakan mode auto. Lebih baik biasakan diri dengan mode manual berbanding auto. Anda harus ingat, dalam dunia fotografi, kita yang akan kawal creativity, bukan kamera. Harap anda semua dapat faham dengan serba sedikit dengan penerangan saya di atas. Salah silap harap di maafkan. Saya budak baru belajar.  Semoga entry saya kali ini bermanfaat untuk kita semua. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. :) 

No comments:

Post a Comment