Powered By Blogger

Monday, November 10, 2014

MY COLLECTION

my collection yang berani di release setakat ini.... eheeee.......



















KENALI KAMERA ANDA: EXPOSURE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada entry sebelum ni, saya dah terangkan kepada anda serba sedikit mengenai aperture dan shutter speed kepada anda melalui mode2 yang ada pada kamera anda. Pada entry kali ni, saya akan terangkan kepada anda semua secara lebih terperinci dan lebih mendalam mengenai exposure yang terbaik.

Dalam penilaian suatu gambar yang menarik, antara benda yang akan dilihat ialah kawalan pencahayaan pada gambar tersebut. Kawalan pencahayaan yang baik adalah penting dalam penghasilan gambar. Ini adalah kerana cahaya adalah element penting dalam menghasilkan gambar yang menarik. Istilah yang biasa digunakan untuk menilai gambar tersebut ialah “exposure”. Untuk mendapatkan exposure yang perfect adalah mustahil  kerana exposure adalah satu yang subjektif. Tapi adalah penting untuk kita mendapatkan exposure yang terbaik untuk gambar kita. Terlebih atau terkurang exposure akan menyebabkan gambar yang anda ambik kurang menyerlah. Walaupun pada zaman kini, kita ada pelbagai jenis software yang boleh digunakan untuk memanipulasikan gambar yang terlebih atau terkurang exposure, kita tetap tidak akan dapat kualiti gambar yang sama dengan gambar yang diambil dengan exposure terbaik. Antara sebab2 gambar menjadi terlebih atau terkurang exposure adalah:

              1. Pengunaan ISO yang tidak bersesuaian dengan keadaan.
              2. Pengunaan flash pada aperture yang kecil
              3. Shutter yang perlahan pada bukaan aperture yang besar.



          Untuk mendapatkan exposure yang terbaik, anda haruslah memilih kombinasi ISO, shutter speed dan aperture yang sesuai. Selain itu, untuk mendapatkan exposure terbaik, anda perlulah memahami terlebih dahulu konsep dan system yang ada pada aperture dan shutter speed dan pengunaan iso yang sesuai dengan aperture dan shutter anda. Saya akan terang kan berkaitan aperture dan shutter speed pada entry seterus nya. Semoga bermanfaat semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KENALI KAMERA ANDA : MODE P,S,A,M dan Auto

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


            Pertama kali apabila anda membeli kamera dslr, mesti anda tertanya2 fungsi mode P,S,A,M dan Auto yang ada pada kamera anda. Pada entry kali ini, saya akan terangkan satu persatu mengenai mode P,S,A,M dan AUTO yang ada pada kamera dslr anda. Sebenarnya mode P,S,A,M dan Auto ni adalah mode yang membolehkan camera anda mengambil gambar seperti yang anda mahukan. Dibawah saya akan terangkan satu persatu maksud dan kegunaan mode P,S,A,M dan Auto kepada anda. Symbol2 lain yang ada pada mode kamera tersebut tak perlu la saya terangkan rasanya sebab terlalu mudah untuk anda semua fahami hanya dengan melihat symbol tersebut. Ehee....



Okay, mari kita mulakan pemahaman symbol P,S,A,M dan Auto seperti yang diatas ni:


P (program) = Jika anda set kan mode P pada kamera anda, kamera anda akan secara automatic nya akan memberi shutter speed dan bukaan aperture yang sesuai untuk keadaan sekeliling anda. Tetapi anda masih boleh meletakan kettinggian ISO mengikut kemahuan anda sendiri.

S (shutter priority) = jika kamera di setkan pada mode S, anda boleh memilih kelajuan shutter yang anda mahukan dan bukaan aperture akan di setkan secara auto oleh kamera anda. Mode S sesuai digunakan untuk menggambil gambar kenderaan yang sedang bergerak atau untuk mengambil pergerakan yang pantas. Selain itu, kita boleh hasilkan milkyway yang berlemak krim disukai ramai dengan mengunakan shutter yang perlahan. Eheee…

A (aperture priority) = cahaya adalah element yang paling penting dalam penghasilan gambar yang menarik dan sharp. Jadi apabila kamera kita di setkan kepada mode A, anda akan dapat mengawal peratusan telus cahaya ke arah sensor kita semasa mengambil gambar. Saya akan ceritakan lebih soal aperture dalam next entry saya. Apabila kamera di set kan ke mode A, shutter anda akan di setkan secara automatic bersesuaian pada bukaan aperture yang ada pada kamera anda.

M (manual) = Jika anda setkan kamera anda pada mode M, u r in expert mode bro… ahahaha…. Xder la.. sebenarnya apabila kamera di setkan pada mode M, maka anda akan control all the shutter speed, aperture dan ISO secara keseluruhan. Anda akan mendapat hasil gambar yang anda kehendaki  berdasarkan aperture , ISO dan shutter speed yang telah anda setkan.

AUTO (hijau) = bagi anda yang baru mula berjinak jinak dengan dunia fotografi, saya sarankan anda menggunakan mode auto kerana semua shutter speed, ISO dan aperture akan di setkan oleh kamera secara automatic berdasarkan suasana sekeliling anda pada masa tersebut. Anda juga tak akan risau berkaitan gambar tak menjadi kerana mode AUTO memang akan menghasilkan gambar yang anda nak kan.

          So, semua dah faham dengan penggunaan mode P,S,A,M dan Auto yang ada pada kamera anda. Jadi apa anda tunggu lagi, jom la biasakan diri dengan kamera anda. Praktikan apa yang saya sampaikan di atas supaya anda lebih faham dan mahir menggunakan mode2 tersebut.


NOTA:
Di sini, saya sarankan agar anda semua mempelajari mode P,S,A, dan M pada kamera anda. Rugilah jika beli kamera mahal2 tapi hanya mengunakan mode auto. Lebih baik biasakan diri dengan mode manual berbanding auto. Anda harus ingat, dalam dunia fotografi, kita yang akan kawal creativity, bukan kamera. Harap anda semua dapat faham dengan serba sedikit dengan penerangan saya di atas. Salah silap harap di maafkan. Saya budak baru belajar.  Semoga entry saya kali ini bermanfaat untuk kita semua. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. :) 

Sunday, November 9, 2014

PERBEZAAN KAMERA DSLR DAN KAMERA MIRRORLESS???

APA ITU KAMERA DSLR????


DSLR adalah singkatan bagi 'Digital Single Lens Reflection'. Dslr mempunyai kelebihan yang mana lensa nya boleh ditukar ganti jika dibandingkan dgn kamera kompak. Selain itu, kamera dslr juga mempunyai sensor yang lebih besar berbanding kamera kompak yang biasa. Pemilihan kamera dslr bukan sekadar berdasarkan megapixel yang besar tetapi sebaliknya berdasarkan saiz sensor yang ada pada kamera tersebut. Sensor dslr ada dua jenis iaitu crop sensor dan full frame. Crop sensor biasanya diguna pada entry-level body camera. Dan full frame biasa nya diguna pada kamera professional. Selain itu, gambar yang di ambil mengunakan sensor yang lebih besar biasanya akan membolehkan gambar diambil dalam resolusi yang lebih tinggi. Kamera dslr membolehkan penggunanya mengawal focus, ISO, shutter speed dan aperture secara manual. Mode AUTO dalam kamera dslr atau kompak tak semestinya akan menghasilkan gambar yang sempurna tetapi sebaliknya kepuasan pada kesempurnaan gambar akan dapat dihasilkan melalui mode manual yang ada pada dslr itu sendiri. Mode2 manual yang ada dslr saya akan terangkan dalam entry yang seterusnya. Di sini saya sertakan model2 kamera dslr yang berada di pasaran pada masa kini.

Jenis jenis DSLR:
1. NIKON D3100
2. NIKON D3200
3. NIKON D5100
4. NIKON D5200
5. NIKON D7000
6. NIKON D7100
7. NIKON D7200
8. NIKON D90
9. NIKON D700
10. NIKON D4

KAMERA DSLR





APA ITU KAMERA MIRRORLESS????

Kamera mirrorless ataupun Mirrorless Interchangeable-Lens Camera (MILC) adalah salah satu system kamera digital yang mula menaik pada masa kini. Kamera ini diperkenal pada tahun 2008. Kamera ini mempunyai fungsi yang hampir sama seperti dslr tapi tidak menggunakan cermin pada system nya. Kamera mirrorless mendapat tempat di kalangan peminat kamera pada zaman kini kerana sebab sebab yang berikut.

1. Saiz kamera yang lebih kecil dan ringkas
2. Jauh lebih ringan
3. Kualiti gambar yang hampir standing dengan dslr
4. Harga yang lebih murah berbanding dslr

Antara jenis2 jenama kamera mirrorless yang ada di pasaran pada masa kini:
1. Leica M
2. Micro Four-Third: Olympus OMD dan PEN
3. Micro four third: Panasonic G
4. Samsung NX
5. Sony NEX
6. Nikon 1
7. Pentax Q dan K
8. Fujifilm X
KAMERA MIRRORLESS
Sistem kamera dslr dan mirrorless


Nota: Pertama kali apabila membeli kamera, pastikan anda khatamkan dulu user manual. semua maklumat penting pasal kamera anda semuanya terdapat dalam buku tersebut. tak der la nanti terkial-kial nak cari cara guna kamera anda, peace yow!!! =)