Powered By Blogger

Sunday, October 4, 2015

KENALI KAMERA ANDA: APERTURE

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama dah rasanya aku x update kat blog.... Okay, hari ni aku nak explain berkaitan aperture yang ada pada lensa kamera.... 

Apa itu aperture???
Aperture adalah bukaan yang ada pada lensa saat gambar diambil. Ia nya penting kerana fungsi aperture adalah untuk menetapkan jumlah cahaya yang akan masuk ke kamera saat gambar diambil. Apabila kita snap gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang dirakam. Jadi, pemilihan aperture yang mahu sesuai akan mempengaruhi ukuran lubang pada shutter tersebutsemakin besar lubang shutter terbuka, semakin banyak cahaya yang akan dapat masuk ke kamera. Jadi pemilihan saiz bukaan aperture sebelum gambar diambil adalah penting kerana ianya akan menentukan sama ada cahaya yang akan masuk melalui lubang shutter adalah dalam keaadan exposure yang betul. terlalu banyak cahaya yang melepasi lubang shutter akan menyebabkan gambar menjadi overexpose dan jika terkurang pula akan menyebabkan underexpose. setiap bukaan aperture diukur dalam f-stop. contoh f-stop yang biasa kita lihat ialah f/1.4, f/1.8, f/2, f/2.8, f/3.5, f/4, f/5.6, f/8, f/16, f/22 dan lain2.
Ini adalah contoh bukaan aperture beserta hasil gambar yang di ambil, setiap gambar yang di ambil bukan lah akan menghasilkan rupa yang sama kerana keadaan pengcahyaan yang baik juga adalah salah satu penyebab terhasil nya gambar yang menarik.

ini adalah contoh bukaan aperture berserta dgn f-stop nya.

DEPTH OF FIELD (DOF)
Depth of field adalah jarak fokus antara objek terdekat dan terjauh dalam sebuah gambar yang diambil. contohnya, kita memfokus objek yang berdekatan dengan kita atau jauh dari kita. DOF yang pendek akan menyebabkan objek yang kita tangkap akan kelihatan jelas manakala belakang nya pula akan menjadi bokeh. 

Aperture memainkan peranan yang penting terhadap DOF. Bukaan yang besar pada aperture akan mengurangkan DOF, dan jika bukaan nya kecil, ianya akan memberikan DOF yang lebar. 

cara terbaik untuk mengenal cara pengunaan aperture yang sesuai adalah dengan banyak latihan dan try and error dgn aperture yang ada.


Alhamdulilah, setakat ini yang aku dapat kongsikan berkaitan dengan aperture dan depth of field. salah silap harap di maaf. aku pun masih belajar2 dalam dunia fotografi ni. sama2 kita berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama. In shaa Allah, pada entry yang akan datang, aku akan explain plak pasal shutter speed. apa yang penting ialah latihan. kalau nak serius dalam bidang ni, kena banyak buat latihan, shoot and error, bnykan outing. Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)

No comments:

Post a Comment